Pengetua / Guru Besar
SMK / SMA / SK / SJKC
Sekolah-sekolah
Kawasan PKG Ayer Hitam
Tuan,
BENGKEL PENGISIAN iQPSS TAHUN 2015
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk .
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa Pusat Kegiatan Guru Ayer Hitam akan mengadakan bengkel
seperti di atas pada:
Tarikh : 24
Jun 2015 (Rabu)
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik
Mesyuarat, PKG Ayer Hitam
3. Sehubungan itu, dipohon kerjasama tuan
untuk membenarkan GPM / GP PSS menghadiri bengkel pada tarikh seperti di atas.
Sila bawa bersama komputer riba dan dokumen yang berkaitan bagi tujuan
perbengkelan tersebut. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En. Rozi Bin
Romli, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ayer Hitam di talian
04-7949901/017-4623236
Kerjasama tuan untuk hadir bengkel tersebut amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.